Well Done, My Friend!

SEMANGAT KELAS PERTAMA
Oleh Linilidia Abdul HamidBELIAU mengambil peperiksaan GCE peringkat ‘O’ sebanyak dua kali. Malahan dua percubaannya di peringkat GCE ‘A’ gagal mendapatkan sijil penuh. Tetapi kini, Cik Fauzia Jailani, 25 tahun, dapat tersenyum bangga kerana beliau merupakan satu-satunya pelajar kohortnya mendapat kelulusan Sarjana Muda Sastera (Pendidikan) dengan kepujian kelas pertama. Beliau menerima ijazahnya dalam majlis penyampaian ijazah di Auditorium Nanyang, Universiti Teknologi Nanyang, semalam, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Dr Ng Eng Hen. Cik Fauzia merupakan salah seorang daripada 313 graduan baru NIE. Kejayaannya yang membanggakan itu didorong minatnya untuk mengajar yang dipupuk sejak kecil lagi. ‘Semasa kecil, bila bermain, saya selalu berangan jadi seorang guru yang sedang mengajar murid-murid,’ cerita Cik Fauzia. Disebabkan minatnya yang mendalam, beliau telah memohon memasuki NIE. Malangnya, tujuh percubaan pertamanya gagal. Namun ini tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, semasa bertugas di sebuah pusat jagaan sebelum dan selepas sekolah, beliau mengirimkan permohonan buat kali kelapan untuk memasuki program diploma pendidikan NIE. Sejak diterima, Cik Fauzia, yang kini mengajar bahasa Melayu di Sekolah Rendah Balestier Hill, tidak lagi memandang ke belakang. Setelah tamat kursus diplomanya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Cik Fauzia, yang mengambil pengkhususan dalam Bahasa Melayu dan Sastera Melayu untuk ijazahnya, berkata: ‘Sebenarnya, saya rasa untuk berjaya bukan usaha seorang individu saja. Sebaliknya, sokongan yang diterima daripada keluarga, teman-teman kuliah dan pensyarah juga memainkan peranan penting. Saya tidak mungkin dapat melakukannya sendiri.’ Cik Fauzia, yang baru berumah tangga, ketika bercakap tentang aspirasinya sebagai seorang guru berkata: ‘Saya ingin menjadi contoh kepada murid-murid saya. Jika saya yang pernah gagal boleh berjaya hari ini, saya mahu mereka berfikir bahawa mereka juga boleh melakukannya. ‘Sebagai guru, apa yang lebih penting bagi saya ialah murid-murid saya dapat menyumbang secara bermakna kepada masyarakat suatu hari nanti.’ Semasa berucap di majlis tersebut, Dr Ng menekankan, walaupun Kementerian Pendidikan (MOE) sedang giat menjalankan proses pengambilan guru baru dalam masa sukar ini, mereka masih mengekalkan proses pemilihan yang ketat untuk memastikan hanya calon-calon yang mempunyai sikap yang betul, minat mendalam dan kebolehan akan dipilih.
Congrats, Fauzia, to have done so so so so well against all odds (and I know there were many!) You totally deserve it, dear, perhaps more than anyone else, for ALL your hard work, slogging, patience, tears etc etc etc… wahhhh you totally deserve it lah babe. Your parents and husband must be so proud of you, and I pun tumpang semangkuk jugak ler ye!
So proud of you!
I’m proud to tell you that I used and will be using this article this whole week for my lessons and tell my students, “This is my friend!”
Let’s meet up soon and I will belanja you makan ok? ![]()
(ada occasion, makan; takde occasion pun- makan TETAP makannn!!!!)
February 6, 2009 at 1:48 am
Thanks Fad for this post…as normal, no BH and news update all from ShimMin and Wanboa!!! Kahkahkah.. Fauzia really deserve it..WAY TO GO MY DEAR..U r a STAR!!! I am XTREMELY PROUD OF U…apalagylah daddy mummy and HUBI! Love Ya!!!
nanti ur kids jangan kasi makan coklat ok biar lebih genius! Chop terbalik kasi manyak2 coklat macam u kecik2 dulu…